Text
Fathul Wahab
Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang. Kata penghulu kami dan tuan
kami, qadhi segala qadhi-qadhi, syeikh segala syeikh-syeikh Islam, raja ulamak yang hebat,
sibawaih pada zamannya, yang tunggal pada masanya, hujjah orang-orang yang berbahas, lidah
orang yang berkata-kata, penghidup sunnah diseluruh alam, perhiasan ugama, Abu Yahya
Zakaria al anshari, moga Allah menyelubunginya dengan rahmatNya dan menempatkan di syurga
yang luas dan moga dia memanfaatkan kita dan sekelian orang Islam dengan berkatnya.
Dengan nama Allah maha pemurah maha penyayang. Segala puji bagi Allah diatas
kurniaan-kurniaanNya, selawat dan salam keatas penghulu kita Muhammad dan para sahabatnya
dan keluarganya. (Selepas itu) maka sungguhnya aku telah ringkaskan MINHAJ THALIBIN
karangan imam syeikh Islam Abu Zakaria Yahya muhyiidin an nawawi rahimahullah pada satu
kitab yang aku namakan MANHAJ THULLAB.
Sungguhnya sebahagian orang-orang yang memuliakan aku daripada orang-orang yang
berkelebihan yang selalu berulang alik kepada aku telah meminta agar aku syarahkannya dengan
syarah yang menghuraikan lafaz-lafaznya dan yang membesarkan orang yang menghafalnya
yang menerangkan kehendaknya dan menyempurnakan faedahnya, maka aku perkenankan dia
kepada demikian itu dengan bantuan yang maha kuasa yang memiliki, dan aku namakan ia
dengan Fathul Wahhab syarah Manhaj Thullab. Akan Allah sahaja aku pinta agar dia
memanfaatkannya, Dia memadai bagi ku dan sebaik-baik yang mewakili.
| RF00168 | Perpustakaan Pusat (Lantai 2) | Tersedia | |
| RF00169 | Perpustakaan Pusat (Lantai 2) | Tersedia namun tidak untuk dipinjamkan - Missing |
Tidak tersedia versi lain